Gakko Chosa Tokyo

Baca blog ini.. dari post paling bawah…. ikut chapter.. 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya..select la kat post publish ye..~~

Sunday, 4 September 2011

Special Edition 1


Special Edition 1

Pagi kelas…
"selamat pagi cikgu…"ujar Ken lantang..
"selamat pagi" ikut rakan kelas K.

"Baiklah semua… kita akan pelajari bab 7 hari ini… iaitu… penggunaan kelemahan sifat pada mangsa.. kebiasaannya… suspek.. akan menggunakan kelemahan pada mangsa untuk bertindak… cara ini bukan sahaja dapat mencipta alibi yang kukuh… malah peratusannya…………Ya… Cik Hibara???" kata-kata  cik Hanabari  tergantung apabila melihat Hibara mengangkat dan melambai-lambai tangannya.

"eh… er.. cik Hanabari… er.. er.. saya rasa.."kata Hibara tersekat-sekat kelihatan takut.
"sebenarnya.. kami lebih suka cik Hanabari beri kami situasi… lihat Sato… air liur nya sudah melelh mengantuk…~~" ujar Matsumoto lalu menjeling Sato.
Para pelajar kelas K terdiam menunggu reaksi Cik Hanabari.
Selepas itu… Cik Hanabari menanggalkan cermin matanya dan tersenyum..
"baiklah… ada kes yang berlaku… 5 tahun yang lepas.. di sebuah syarikat pemasaran makanan pau keledek di daerah Fujinawa.[Sato yang mengantuk terus tersedar segar apabila mendengar pasal pau keledk.] Ketika itu, seorang wanita,bekerja sebagai Direktor pemakanan ,Anko Koshihino, telah mati  sebaik sahaja dia memakan pau keledek yang dipasarkan!!!!" ujar Cik Hanabari dengan suara yang menakutkan..

"huh!!!! tak mungkin… selama saya memakan pau… pau kacang.. pau ubi..,pau daging,pau ayam… mahupun pau keledk… tak mungkin mangsa akan mati kerana makan terlalu banyak pau…~~" ujar Sato lalu mengurut perutnya yang buncit..~~

"hish…!! diamlah… kita pun tidak lagi mendengar punca cik Anko mati…~~' ujar Ken marah.
Cik Hanabari sempat memberikan Sato satu pandangan tajam sebelum meneruskan kata-katanya.
"Cik Anko telah disyaki mati kerana keracunan… bekas teman lelakinya… Genta Hashionawa ,pengurus bahagian pemasaran,Yutaka Maruden,tukang masak pau keledek dan Mochio Kashiwado,pengunjung pameran menjadi suspek pembunuhan.Dipendekkan cerita… encik Genta Hashionawa adalah dalang di sebalik pembunuhan itu..Cik Anko.. pada hari itu.. telah memakai subang untuk kali pertama… dan kerana telinga nya gatal akibat alahan… dia telah mengarahkan encik Genta yang pada masa itu.. pekerja bawahannya untuk mendapatkan ubat pembasmi kuman.Oleh kerana terlewat sedikit, Cik Anko telah memarahi encik Genta dengan teruk di hadapan pekerja lain.Encik Genta membalas dendam dengan meletakkan racun ke dalam ubat pembasmi kuman.Setelah itu, ubat tersebut dipakai oleh cik Anko.Cik Anko seorang yang sensitif kepada haba panas.Dia akan memegang cuping telinganya jika tersentuh benda yang panas.Encik Genta telah menggunakan kelemahan pada diri Cik Anko.Apabila dia melihat Cik Anko tersedak, dia segera menghulurkan segelas air suam.. tetapi gelasnya… telah direndam ke dalam air panas. Sebelum itu… dia telah pun merendam tangannya ke dalam ketulan ais supaya dia dapat memegang gelas panas tersebut dalam sesuatu tempoh masa.

Apabila Cik Anko memegang gelas yang panas itu.. dia segera meletakkannya di atas meja.. dan memegang cuping telinganya yang dibubuh ubat bersama racun. Di saat itu… racun pada bahan pembasmi kuman…. telah pun terlekat pada jarinya.. Setelah itu, dia pun menyambung menghabiskan pau nya semula.Setelah seketika Cik Anko menghabiskan pau tersebut… dia jatuh rebah lalu nafasnya terhenti akibat racun tersebut menyerang jantungnya….!!!" Cik Hanabari berjalan menuju ke jendela lalu merenung jauh…

"apa motifnya cik Hanabari…??"

                bersambung…..

No comments:

Post a Comment

Beware... racun!!!

Cendawan Hitoyodake..

mudah didapati di taman-taman,

cendawan jenis ini berbahaya sekiranya dimakan dan kemudian meminum arak,

kerana akan menggagalkan fungsi hormon pencernaan seterusnya,

menyebabkan keracunan dan

kepanasan badan yang mendadak.

Jom menyiasat...!!

PROFILING

profiling --> adalah laporan yang dapat memudahkan penyiasatan kerana mempunyai data kajian latar belakang penjenayah sebelum ini.Biasanya fail ini akan diedar kepada cawangan polis setelah disemak.

Bertindak bijak..!!

Kpd detektif RMS…!! bila seorang detektif berhadapan dengan penjenayah… secara bersendirian.. atau secara langsung… dan sedang membongkar misteri… langkah yang biasa diambil ialah antaranya…

  • memasang alat pengesan
  • membuat rakaman pengakuan
  • membuat panggilan kepada balai polis yang berdekatan

supaya akan dikesan lebih cepat.. dan mudah mendapat bantuan jika diserang atau berlaku kecemasan.