Gakko Chosa Tokyo

Baca blog ini.. dari post paling bawah…. ikut chapter.. 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya..select la kat post publish ye..~~

Monday, 12 September 2011

4.2 Kelas K... berpecah...!!!


4.2 Kelas K…. berpecah..!!!


"baiklah… bersemangat semua….!!!! mari kita harumkan nama Gakko Chosa Tokyo….!!!!" ujar Shisido bersemangat..
"eh… mana Kazuma… dia sudah bertolak ke..??" tanya Hibara kepada Kiichi.

"Korang….!!!!!!!!! tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" jerit Kazuma sambil berlari ke arah mereka.
"cepatlah…!!! saya dah tak sabar ni…." jerit Sato pula.

"jadi… kita semua berpecah sekarang…. eh.. tetapi.. kan Detektif Tsugetsu kata.. kes yang berlaku ada tiga.. mengapa hanya dua yang diagihkan…??" kata Sayumin hairan.
"hmmm… biarlah… panas terik lah hari ini…. alangkah bagus kalau hujan macam pagi semalam…."rungut Kiichi sambil mengelap peluhnya yang mengalir.Hibara, Kiichi dan Sayumin berpelukan sebelum berpisah.Kazuma pula berjalan ke arah Shisido dan berkata… " awak… tolong jaga Hibara dengan baik….".
"saya… pasti akan…." balas Shisido kembali sambil memegang bahu Kazuma.Shisido sempat mengukir senyuman sebelum mereka semua berpisah menuju ke tempat kejadian.

*************************************************************************************
"jadi….. mari kita lihat peta….~~" ujar Sato teruja.
"tak perlu… saya sudah hafal kedudukan peta itu tadi…", Kata Kazuma bangga.
"jangan degil… baik kita bawa peta ini bersama… mana tahu nanti ada apa-apa yang berlaku…" ujar Kiichi sambil meneliti peta itu.
"hmmmh…!! baik… kita di selatan…. belok kanan.. menerusi Jalan Akakoshi…akan menemui Pusat membeli belah Godawa,pejabat pos,kedai komputer dan kedai buku Shinbae…hmm.." kata Kazuma sambil memerhati peta itu lagi.
"eh… tengok ni.. haha.. kalau di sebelah kiri pula.. ada kedai Dorayaki.. gerai makanan Tofu.. dan gerai menjual makanan timur.... wauuuu… Mmmmm.. saya seperti tak dapat bernafas je…~~ " kata Sato sambil tersenyum lebar memikirkan makanan yang begitu lazat.Kazuma hanya menggeleng manakala Kiichi pula mula naik marah….
"eh… maksud saya… kenapa la tokyo ni banyak kedai makanan kan… hehe…" ujar Sato lagi apabila melihat penumbuk Kiichi.
"sudah…!!! selepas itu…  jika jalan terus akan memasuki jalan Fujinbare dan jalan Jinoshi tetapi kalau belok kiri… kita akan masuk ke jalan Ogasawa di bahagian kanan… ada kedai cenderahati..dan Balai Polis Tokyo..jalan lagi..dan belok kanan semula…. kita akan tiba di jalan Beikagen… " kata Kiichi sambil tersenyum ke arah Sato.
"tunggu….!!! awak cakap… jalan…???? jauhnya.. sekitar tujuh kilomater.. awak dah gila…!!! awak nak saya jalan tujuh kilometer… habislah lemak saya nanti…!!" rungut Sato melihat Kiichi tersenyum kejam.
"sudahlah… mari kita bertolak sekarang…!!!! nanti kita pula yang tak dapat selesaikan kes…." kata Kazuma lalu segera mengorak langkah pergi meninggalkan mereka.

"eh… tunggulah… ah… tadi awak ke mana…???" soal Kiichi setelah berjaya mengejar Kazuma. Sato pula tercungap-cungap menghirup udara kerana berlari laju.

"sebenarnya… saya telah bertemu dengan Encik Yamada kerana Encik Odawa kelihatan sibuk..….bukankah  Detektif Tsugetsu berkata ada tiga kes yang berlaku… sudah dua kes diagihkan… tinggal lagi satu kes… katanya pihak polis sedang menyiasat kes tersebut… saya telah mendapat maklumat… rupa-rupanya.. ada kes rompakan berlaku dalam kedai emas di daerah sebelah…. dua orang perompak itu telah berjaya melarikan diri… dengan menaiki sebuah kereta mewah… malah salah seorang perompak tersebut telah tercedera di kakinya… kerana tertembak oleh polis…. agaknya.. bagaimana kes itu sekarang…" ujar Kazuma lalu dia berpusing ke arah belakang.. Kiichi dan Sato sebenarnya tidak menumpukan perhatian kepada maklumat Kazuma sepannjang jalan… tetapi mereka berdua lebih minat membeli dan merasa makanan yang terdapat di sepanjang jalan Akakoshi.

"awak berdua ni….!!!!!!! ddengar tak apa yang saya cakap….!!!! mana awak dapat jagung tu….!!!! saya pun mahu juga..!!!" Kazuma marah kerana tidak mengajaknya membeli makanan sekali.
"awak mahu ke..?? beli la sendiri..!!! ini saya punya..!!! " ujar Sato kedekut. Kiichi pula segera menelan ais-krimnya dengan suapan yang besar supaya Kazuma tidak akan meminta ais-krimnya.Kazuma mencebikkan mukanya dan berlalu pergi. Kiichi dan Sato segera berlari mengejar Kazuma sambil ketwa mengejek.
"nah la…!!!!! Dorayaki ini untuk awak… haha.. kami main-main la…" kata Kiichi sambil menghulurkan sebungkus plastik berisi Dorayaki.Sato pula memasamkan mukanya kerana sebenarnya dia tidak rela menyerahkan Dorayaki yang dibelinya kepada Kazuma, tetapi dia takut akan penumbuk Kiichi, dia serahkan juga akhirnya.
"huh…!! penatnya… hari yang panas… jalan pun jauh…!!! saya dah tak larat…" keluh Sato sambil mengesat peluh yang mengalir.
"saya juga… huh…. alangkah bagusnya kalau ada jus oren di hadapan kita…." rungut Kiichi lagi.Sato dan Kiichi tidak meneruskan perjalanan tetapi duduk di tepi jalan untuk berehat.Kazuma turut duduk di sebelah mereka kerana berasa penat juga.
"hah…!! macam mana kalau kita naik.. teksi…!!!.. lagipun.. banyak teksi yang lalu di sini.." cadang Kazuma sambil memerhati kesibukan jalan raya.
"hah..!! bagus… lagi cepat kita sampai… tak lah jauh berjalan…!!" Kiichi setuju.Sato pula tersenyum lebar.. mengangguk-angguk kepala. Tiba-tiba wajah gembira  Kazuma berubah.
"tunggu…!! mana dompet saya… ah..!!! saya tertinggalnya…!! awak berdua ada bawa dompetkan… nasib baik…." ujar Kazuma lega.
"nanti…..!!! emm… sebenarnya.. duit saya tidak cukup untuk menaiki teksi… banyak makanan yang saya beli tadi.. hehe… nak roti…????" ujar Sato bersalah lalu mengeluarkan sebungkus roti gandum. Kazuma menjelingnya lalu memandang ke arah Kiichi.
"eh… er.. saya.. pun. sama macam Sato…nie Sato punya hal lah… saya pun..'ter' beli..pelbagai jenis makanan tadi….." kata Kiichi lalu menundukkan kepalanya.Muka Kazuma menjadi kecewa… Sato pula yang tidak bersalah mula memakan roti gandum tadi.

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan mereka.Pemandunya turun.. manakala penumpang di belakang melihat mereka melalui cermin tingkap.

"kamu semua….  mahu tumpang ke..??? pak cik lihat kamu semua bawah panas terik…… er… eh…." sebelum pak cik tersebut menghabiskan kata-katanya, mereka bertiga sudah berdiri tegak.. hendak masuk ke dalam kereta.
"tunggu… masuk ikut pintu di sebelah kanan.. lebih mudah… "katanya lagi lalu membuka pintu untuk mereka.Kiichi masuk, kemudian diikuti oleh Sato dan Kazuma. Mereka berasa begitu kerana tidak perlu berjalan lebih daripada lima kilometer.
"wah…. basarnya kereta Pak cik… ah… ini isteri pak cik ke..???" ujar Kiichi setelah menyedari wanita berumur pertengahan duduk di sebelahnya.
"ah.. ya…. er… Aya… tidak mengapa kan.. kalau saya tumpangkan mereka.." ujar pak cik itu sambil memandu laju. "oh… tidak mengapa… lagipun.. gembira bertemu dengan kamu semua…" ujar wanita itu sambil tersenyum.
"ah… aduh.…!!"tiba-tiba, kereta tersebut bergegar  apabila tiba di tempat membelok. Wanita itu mengangkat tangan kirinya untuk mencapai pemegang namun pemegang… lalu dipegangnya tempat sandar hadapan. "huh… nasib baik…." ujar Kiichi lega.  Wanita tersebut menggengam erat bungkusan yang terdapat atas ribanya.
"pak cik…. pak cik gemar makan kentang goreng bersama kopi kan…???" tanya Sato sambil mencium -cium bau kereta.
"arh…??? apa…??? apa yang awak cakap..??" soal pak cik itu terkejut.
"yalah… hidung saya ni… cepat teransang terhadap bau makanan… sekali saja bau.. saya dah tahu apa makanan itu…"ujar Sato gembira.Dia mula membayangkan makanan yang lazat di mindanya.
"ah… haha.. ya.. tak sangka pula.. awak boleh tahu.. makanan kegemaran pak cik… setiap petang pak cik makan kentang goreng dengan kopi.. sebab mudah untuk pak cik beli di sini…." kata pak cik itu sambil tergelak sederhana.Pak cik yang merokok itu membuang rokoknya, kerana tidak selesa berbual sambil merokok.
"er.. pak cik.. saya.. mahu tanya… kerta pak cik ada terlibat dalam kemalangan ke..???" soal Kazuma sambil memandang ke arah wanita tua yang duduk diam dari tadi.
"ah… kenapa….??? " soal pak cik itu lagi.
"tadi.. saya ada ternampak calar pada belakang badan kereta…. agak teruk… pasti orang yang langgar pak cik… bukan..???" soal Kazuma untuk kepastian.
"ah.. oh … yang itu ke.. haha.. ya.. minggu lepas.. ada anak muda… dia memandu sambil mabuk.. malangnya.. terlanggar kereta pakcik…  pak cik akan hantar baikinya esok…" kata pak cik itu lagi.
"eh.. itu dia… kita dah sampai di jalan Beikagen.. saya nampak inspektor Kaori…" kata Kiichi sambil menundingkan jarinya ke arah luar kereta.
"ah… sudah sampai pak cik.. terima kasih banyak-banyak kerana sudi menumpangkan kami…." ujar Sato gembira.
"tunggu…..!!!!!"  kata Kazuma tiba-tiba. Semua yang ada di dalam kenderaan terkejut dan hairan dengan sikap Kazuma. "kenapa dengan awak..???" soal Kiichi.

" saya tahu… siapa awak berdua sebenarnya… " ujar Kazuma lalu merenung ka arah tingkap kereta hadapan. Kiichi dan Sato pula terkejut mendengar kata-kata Kazuma itu lagi

"sebenarnya… awak berdua…."

                                                    bersambung….

No comments:

Post a Comment

Beware... racun!!!

Cendawan Hitoyodake..

mudah didapati di taman-taman,

cendawan jenis ini berbahaya sekiranya dimakan dan kemudian meminum arak,

kerana akan menggagalkan fungsi hormon pencernaan seterusnya,

menyebabkan keracunan dan

kepanasan badan yang mendadak.

Jom menyiasat...!!

PROFILING

profiling --> adalah laporan yang dapat memudahkan penyiasatan kerana mempunyai data kajian latar belakang penjenayah sebelum ini.Biasanya fail ini akan diedar kepada cawangan polis setelah disemak.

Bertindak bijak..!!

Kpd detektif RMS…!! bila seorang detektif berhadapan dengan penjenayah… secara bersendirian.. atau secara langsung… dan sedang membongkar misteri… langkah yang biasa diambil ialah antaranya…

  • memasang alat pengesan
  • membuat rakaman pengakuan
  • membuat panggilan kepada balai polis yang berdekatan

supaya akan dikesan lebih cepat.. dan mudah mendapat bantuan jika diserang atau berlaku kecemasan.