1.1 Misteri Krismas
Hokaido,Jepun.
Musim sejuk.
Salji turun dengan lebatnya bagai selimut putih yang meliputi seluruh bandar Hokaido.
Suasana bandar besar itu sungguh meriah kerana masing-masing berasa teruja menyambut perayaan Krismas.
Di tengah kota itu, di Granache Oikura Hotel.Pada petang itu, Kazuma dan Detektif Seimaru telah menikmati Spa Hotel bagi merehatkan diri.Wap air yang panas itu menyebabkan Kazuma terpaksa menanggalkan cermin matanya kerana cermin tersebut akan berwap.Tiba-tiba dua orang lelaki datang bertegur sapa dan mengucapkan selamat pada mereka. Detektif Seimaru mengajak mereka berdua duduk berendam bersama untuk berkenalan. Mereka berdua mula memperkenalkan diri masing-masing.Nakamura,berkaca mata dan bertubuh sasa,seorang yang mementingkan kekemasan dan tidak menghisap rokok, berumur 32 tahun, manakala rakannya, Hinako seorang pemabuk dan perokok, juga berumur 32 tahun bekerja sebagai.Kazuma yang rabun jauh terpaksa bangun menuju ke kaunter layan diri untuk menempah makanan. Detektif Seimaru, Nakamura dan Hinako pula hanya menjerit ke arah Kazuma untuk memesan makanan dengan melihat menu makanan dari jauh.Kazuma merungut namun kerana tidak ingin merosakkan harinya, dia membuat muka selamba.
Malamnya,sebuah jamuan besar sempena hari perayaanKrismas telah diadakan.Ramai orang-orang ternama serta hartawan-hartawan dijemput untuk menghadiri jamuan tersebut. Kazuma Kabe dan Detektif Seimaru Amagi bersama anak perempuannya, Hibara turut hadir di jamuan tersebut. Semua tetamu yang hadir berseronok bersembang dan saling mengenali antara satu-sama lain. Penjaga kaunter hotel kelihatan sungguh sibuk melayan tetamu yang datang. Seperti biasa, Kazuma dan Detektif Seimaru duduk di meja yang terletak di bahagian hujung sudut restoran. Hibara bersama teman baiknya, Kiichi telah menghilang entah ke mana.Detektif Seimaru tidak henti berbual dan berjenaka bersama tetamu barunya tadi, Nakamura dan Hinako. Kazuma pula sibuk membaca buku penyiasatan Amerika yang cukup terkenal "The Last Abandoned".Nakamura pula seperti sedang mengalami masalah dengan cermin matanya. Dia asyik-asyik membuka dan memakai semula cermin matanya.Kazuma hairan melihatnya dan bertanya samada dia mengalami apa-apa masalah.Nakamura hanya memberitahu dia rabun jauh dan kuasa pada cermin mata itu terlalu kuat untuknya,namun tanpa cermin mata itu, dia tidak dapat melihat dengan jelas.
Sedang mereka leka bersembang, tiba-tiba seorang wanita berumur pertengahan datang menegur mereka.Wanita itu merupakan hartawan terkenal yang cukup dikenali sebagai Suisewakara(Permata Ruby kerana amat meminati koleksi permata Delima) atau dipanggil Cik Ayumi.
Cik Ayumi memulakan perbualan bersama mereka:
Cik Ayumi: Selamat Sejahtera. Saya tidak menyangka pula awak akan menghadiri majlis sebegini… bukan..???(katanya lalu melemparkan pandangannya ke arah Nakamura.)
Nakamura: Haha.. mengapa tidak…??
Cik Ayumi: Tiada apa-apa.. Cuma selepas kematian kakak awak…( air mukanya berubah menjadi senyum sinis..) .. oh.. saya bersa sungguh simpati.. selepas pemergian dia.. saya tidak mendengar sebarang khabar mengenai awak…
Hinako: Oh.. awak berdua saling mengenali ke..Cik Ayumi..?? Sebenarnya.. dia juga bekerja di syarikat kita..
Cik Ayumi: Excuse me…?? Syarikat kita..??? (wajahnya berkerut tanda tidak faham..)
Hinako: oh.. Saya lupa hendak memperkenalkan diri.. Nama saya Hinako Edogawa. Saya bekerja sebagai pengaudit bahagian pencadangan di syarikat cik. Nakamura pula adalah pembantu am saya. (Hinako yang gatal itu melemparkan senyuman bagi menampakkan barisan giginya yang putih berseri)
Cik Ayumi: Oh… jadi .. kini awak seorang pembantu am…maaflah.. er..En.Hinako… saya tidak mengenali awak pun.. pekerja bawahan seperti awak tidak layak bersosial dengan golongan terhormat seperti saya..( dia melemparkan jelingan tajam.. lalu berjalan pergi meninggalkan mereka.)
Hinako: Tak guna punya perempuan..!! Dia ingat jadi CEO syarikat tu bagus sangat la.. !!
Nakamura hanya terdiam membiarkan kata-kata itu menusuk hatinya. Tangannya tergengam erat menahan rasa marah. Kazuma dan Detektif Seimaru hanya memerhati dan mendengar perbualan mereka. Nakamaru kelihatan tidak berapa sihat meminta diri pulang ke bilik hotel untuk berehat.Hinako masih lagi duduk bersama mereka dan sambung berbual seperti biasa. Keadaan majlis menjadi sedikit kecoh apabila kedengaran Cik Ayumi bergaduh dengan seorang anak hartawan,Cik Miyogi mengenai kewangan syarikat.Cik Miyogi hampir-hampir menamparnya namun berjaya dielak.Tanpa sengaja,seorang mak cik pembersih terlanggar Cik Ayumi dan menumpahkan sisa minuman ke atas bajunya.Cik Ayumi mengherdik kearahnya dan memalukan mak cik tersebut.Dia kemudian berlalu pergi ke biliknya dan menukarkan pakaiannya kepada gaun putih.Mak cik tersebut menyumpah Cik Ayumi tidak akan hidup dengan aman walaupun dia sekaya mana kerana kesombongannya.Setelah tidak berapa lama Nakamaru beredar, Hibara dan Kiichi datang mengganggu. Mereka duduk bersama dan mula berbual bersama.
Kiichi: Kazuma… awak tahu kan.. hari esok selepas esok hari apa..??? ( katanya lalu mengenyitkan mata ke arah Kazuma)
Kazuma: Ah.. ~~( dia tersentak mendengar persoalan Kiichi)
Hibara: Kiichi..!! ( lalu dia mencubit Kiichi)
Kiichi: Ish..!! sakitlah…!! biarlah.. saya tahu pasti awak akan sediakan kejutan untuk Hibara kan… kan.. kan..???
Hibara: Kiichi…!!! janganlah…!!
Kazuma: Ah… Oh… ya…..ya…. saya pasti akan sediakan kejutan.. tapi kalaulah.. ada orang beritahu saya.. mengapa hari itu.. hari yang istimewa ya..?? (ujarnya sambil tersenyum ke arah Hibara… Hibara yang malu sengaja mengalihkan pandangan daripada Kazuma)
Detektif Seimaru: Oh.. pasti Kazuma akan belikan hadiah yang terbesar untuk hari jadi Hibara nanti… hahaha… pak cik pun nak sekali.. (Detektif Seimaru kelihatan sedikit mabuk…)
Hibara: Ayah…!!! ayah dah mabuk ni… baik ayah masuk rehat…~~ (pipinya menjadi merah kerana malu..)
Kiichi:Awak ni.. kita kan baru hendak berseronok…. lagipun Krismas kan setahun sekali.. Jomlah kita pergi berbual-bual di pandok tingkat bawah.. saya dah tak tahan dengan bau arak disini…!!!
Lalu mereka semua pun bergerak membawa minuman dan beberapa makanan ringan lalu melepak di pondok tingkat bawah. Malam itu sungguh gelap.. Hanya cahaya daripada sebuah bilik tingkat 13 membolehkan mereka nampak pemandangan taman salji di hadapan mereka dengan samar-samar. Malam itu sungguh sunyi. Detektif Seimaru yang sudah mula mabuk itu.. menyanyi sesuka hatinya. Kazuma, seorang pemuda yang bertanggungjawab tidak mengambil arak sibuk membaca bukunya.Hibara dan Kiichi pula lebih gemar berbual dan tiba-tiba ketawa riang tidak semena-mena. Kazuma yang melihat telatah mereka mengeleng-gelengkan kepalanya.
Setelah beberapa lama, suasana di luar menjadi gelap gelita kerana bilik-bilik hotel di blok belakang tidak membuka lampu.Kemungkinan, bilik tadi yang membuka lampu telah tutup kerana penyewanya ingin masuk tidur.Hibara dan Kiichi masih lagi leka bersembang. Tidak lama kemudian,bunyi debuman yang agak kuat kedengaran tidak jauh dari tempat mereka.Mereka terkejut mendengar bunyi tersut, namun kerana malam itu sungguh gelap.. mereka membiarkan shaja kerana tidak nampak apa-apa.Kemudian, selang beberapa minit, lampu bilik hotel dari tingkat 13 menyala membuatkan pemandangan mereka ke arah taman salji itu kembali bercahaya samar-samar. Sedang Hibara dan Kiichi leka bersembang,tiba-tiba Hibara ternampak seperti ada orang tergantung pada salah satu pohon yang terletak tidak jauh di hadapan mereka.Setelah diamati betul-betul,Kiichi menjerit ketakutan kerana wajah mangsa tersebut sungguh dahsyat.Matanya terbuka bulat seolah-olah sedang merenung tepat ke arahnya.
Kazuma segera bertindak menyuruh Hibara menelefoh pihak polis dan menuju ke arah mayat mangsa. Kiichi cuba menyedarkan Detektif Seimaru dalam keadaan yang gopoh-gapah.Akhirnya, siasatan dijalankan dan keadaan mayat tersebut telah diautopsi dan maklumat berikut diperoleh:
· Mangsa: Cik Ayumi Tsukatshi @ Suisewakara
· Umur:36 tahun
· Kerjaya: CEO Syarikat Barang Kemas Fujinawa
· Tinggi: 166 cm
Berat:58kg
· Keadaan mangsa:Memakai gaun berwarna putih.Gaunnya telah kotor kerana darah mangsa sendiri selain kesan abu rokok.Terdapat juga kesan tapak kasut pada hujung gaun mangsa.Leher mangsa telah dikelar dan dijerut menggunakan tali guni kasar pada sebatang pohon di taman salji.Pada leher mangsa terdapat kesan jerutan tali yang teruk pada leher mangsa.Rambut mangsa dalam keadaan kusut,namun barang kemas mangsa tidak hilang kecuali rantai Mutiara Quinevere (Mutiara termahal di dunia) telah hilang. Mangsa didapati dalam keadaan mabuk ketika dibunuh kejam. Senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa masih belum dijumpai. Terdapat kesan tali diseret di sepanjang lapisan ais bersama tompokan darah.Ketebalan tali yang digunakan untuk mengikat mangsa sepadan dengan ketebalan kesan tali pada permukaan salji.Jam kematian mangsa antara pukul 11.03 hingga 12.00 tengah malam.
Kes diklasifikasi sebagai kes pembunuhan.
Yang menjalankan tugas,
Shindobei Kanawa
(Exco bahagian penyiasatan jenayah)
Kazuma sibuk mencari kesan pembunuh dan cuba mendapatkan bukti kukuh sebanyak yang mungkin.Dia berjalan menerusi kesan seretan tali pada lapisan ais.Kemudiannya dia memandang ke arah atas.Dilihatnya, sebuah bilik penyewa di tingkat 13 masih menyala.Dia segera berlari ke tingkat 13 bersama beberapa lagi orang polis.Detektif Seimaru yang tidak larat mengejar Kazuma berlari perlahan-lahan di belakang mereka. Dia menyerbu bilik no.39 yang masih sedang menyala.Rupa-rupanya orang yang berada dalam bilik tersebut ialah Nakamaru dan Hinako.Bilik tersebut merupakan bilik Hinako.Nakamaru yang terkejut jatuh terbaring di atas lantai.Dia mengerang kesakitan sambil memegang tangan kanannya yang berbalut .Cermin matanya terjatuh dan kelihatan terpatah pada hujung pemegang kanan cermin matanya.Dia segera membetulkan cemin matanya dan memakainya semula seperti biasa.Kemudiannya Kazuma cuba menjelaskan keadaan yang sebenar dan menyuruh polis memeriksa bilik tersebut.Kazuma yang sedang berada di balkoni melihat keluar dan kemudiannya melihat balkoni lagi satu di sebelah kanannya.Kazuma bertanya samada Hinako tahu siapa penyewa di sebelah dan Nakamura mengaku bahawa bilik no.40 adalah biliknya.
Mereka semua bergerak ke bilik Nakamura untuk memeriksa keadaan bilik.Keadaan bilik Nakamura sungguh bersih akan tetapi di tengah-tengah lantainya, ada satu lubang kesan terbakar.Nakamura memberitahu kesan tersebut memang sudah ada ketika dia mendaftarkan diri untuk menyewa bilik tersebut. Pintu kaca balkoninya yang terbuka membuatkan angin seram meniup masuk dalam.Kemudiannya, mereka ke bilik-bilik yang bersebelahan untuk memeriksa keadaan bilik.Akhirnya, mereka kembali ke bilik Hinako untuk berbincang.Tiba-tiba secara kebetulan, Hibara ternampak sebutir mutiara di bawah sofa coklat yang terletak di ruang tamu.Suasana menjadi tegang apabila pihak polis mendapati mutiara tersebut adalah salah satu daripada untaian rantai mutiara Cik Ayumi yang telah hilang.
Hinako menafikan dialah pembunuhnya. Meskipun dia ada berniat untuk mengambil kesempatan ke atas Cik Ayumi, tetapi dia berani mengaku dia tidak terlibat dalam kes pembunuhan itu.Dia mempunyai alibi dimana dia sepanjang malam itu, dia ada bersama Tuan Hiroshi, iaitu pemilik hotel tersebut.Kemudiannya,jam 11.45 tengah malam dia naik ke atas setelah menerima panggilan daripada Nakamura .Sebelum mereka melepak di biliknya, dia telah berjanji untuk menemui Nakamura di lobi jam 11.56 tengah malam.Nakamura pula memberitahu bahawa dia ada bersama Hinako malam itu, sehingga kejadian pembunuhan itu berlaku.
Hibara dan Kiichi memberitahu bahawa mereka ada terserempak dengan Nakamaru di kaunter semasa mereka kembali ke majlis tersebut .Dia kelihatan sedang meminta sesuatau daripada penjaga kaunter lelaki.Nakamura turut memberitahu bahawa dia terserempak dengan seorang mak cik pembersih hotel di ruang legar itu sekitar jam 11.46 tengah malam.
Semua yang terlibat di jamuan sempena hari perayaan krismas tersebut telah dikumpulkan.Keadaan menjadi kecoh apabila para tetamu mengetahui Cik Ayumi telah dibunuh. Hartawan yang cukup terkenal dan memiliki beberapa aset harta yang besar sudah tiada.Cik Miyogi juga mengakui dirinya berada di dalam bilik di tingkat 13 ketika kejadian itu berlaku, namun ketika itu dia sudah tidur.Seorang pekerja hotel juga mengakui dia berada di tingkat 13 ketika kes itu berlaku kerana ingin menukar cadar di bilik 46 ,akan tetapi kerana bilik itu berkunci malah nota "jangan ganggu" turut tergantung di luar pintu dia tidak jadi untuk meneruskan tugasnya dan turun ke bawah ke bilik stor.
bersambung…..
No comments:
Post a Comment