1.2 Misteri Krismas
Cik Miyagi menangis teresak-esak di bahagian hujung bilik…. Mak Cik pembersih pula tidak henti memujuk Cik Miyagi untuk bertenang… Detektif Seimaru pula sibuk meneliti mayat mangsa yang telah kaku itu.Kazuma segera berlari ke tingakat bawah dan menuju ke kaunter…. Akhirnya, dia mendapati rupanya, Nakamura mendapatkan sekotak rokok di kaunter tadi. Kazuma segera mendapatkan Encik Nakamura dan bertanya mengenai rokok tersebut.Hinako mengatakan bahawa dia telah menyuruh Nakamura untuk mendapatkan kotak rokok itu kerana wangnya tertinggal di bilik hotel.
Kazuma kemudiannya berlari ke bilik Nakamura.. Ditelitinya di bahagian belakang pintu….Dilihatnya kosong.... di dalam bagasinya adalah selaras rifle...Kemudian dia ke bilik Encik Hinako… Dia melihat di belakang pintunya….Dia terkejut...setelah itu… dia tersenyum puas…
"Ah…!! saya dah tahu…!! Awaklah pembunuhnya…"
Kazuma segera berlari ke bawah semula dan menyuruh para tetamu supaya bertenang.Dia kemudiannya, menyuruh anggota polis untuk mengumpulkan mereka yang disyaki iaitu, Nakamura, Hinako,Cik Miyagi, Mak Cik Pembersih dan pekerja hotel.
Detektif Seimaru:Hei.. apa yang berlaku ni…???.. awak sudah tahu siapa pembunuhnya…???? (Detektif Seimaru kelihatan bersinar-sinar)
Kazuma: Pak cik… tolong bawakan saya seutas tali guni….
Detektif Seimaru: Hah..?? uh.. er.. baiklah.. (dengan muka terkejut, detektif Seimaru mengarahkan anak buahnya untuk mendapat tali guni)
Setelah itu, tali guni itu diserahkan kepada Kazuma…. Kazuma kemudiannya berkata..:
"tali ini bukannya senjata yang digunakan oleh pembunuh.. tetapi senjata itu… masih ada padanya… betul tak…
Encik Nakamura..???.....
Suasana yang kecoh tadi terus menjadi sepi… masing-masing terkejut setelah mendengar kata-kata Kazuma…
Hibara kemudiannya berlari datang membawa segelas air yang berwarna perang.. lalu berkata..
"saya sudah tolong cucikan baju itu.. nah sekarang sudah bersih…"
Hibara menghulurkan gelas tersebut kepada Kazuma...
Kazuma kemudiannya menyambung lagi...
· Perancangan pembunuhan Cik Ayumi bermula apabila kebetulan Cik Ayumi dan Cik Miyagi bergaduh pada jam 11.28 malam .Pergaduhan antara Cik Ayumi dan Miyogi berlaku di tingkat 13 menarik perhatian awak di lorong yang terdiri daripada bilik bernombor 38,39,40,41,42,43,44,45,46,47 dan 48.
· Oleh sebab Cik Ayumi sedang mabuk,pergaduhan yang berlaku kecoh pada masa itu menarik perhatian pembunuh yang kebetulan biliknya berada di tingkat 13. Setelah Cik Miyagi ditampar, dia segera berlari ke biliknya,pada masa itu dia terus masuk tidur dan menutup lampu.
· Maksudnya lampu cahaya dari bilik 13 adalah cahaya bilik awak.
· Setelah Cik Ayumi yang dalam keadaan mabuk berjalan menuju ke biliknya, awak segera menariknya dan mengheret cik Ayumi masuk kira-kira jam 11.32 malam.
· Oleh sebab terlalu kasar, Cik Ayumi terjatuh rebah dalam keadaan baring. Cik Ayumi yang mabuk pasti akan naik berang menyebabkan pembunuh mengambil keputusan untuk mengelarnya. Awak bimbang bajunya akan kotor terkena darah mangsa, maka awak terpaksa berlutut, sehingga terpijak gaun mangsa dan mengelarnya dengan laju. Senjata tajam digunakan untuk mengelar leher mangsa dan meyebabkan rantai mutiara Cik Ayumi putus.Kemudian, awak sudah bersedia segera mencapai tali guni dan mengikat leher mangsa menggunakan cara TieClarinet.Cara ikatan ini tidak diketahui oleh umum malah anggota polis berpangkat tinggi juga tidak dimaklumkan mengenai cara ikatan ini. Cara ikatan TieClarinet ini hanya pernah digunakan oleh kumpulan penyamun Black Fire lima tahun yang lalu.Pada masa itu,awak berkhidmat sebagai FBI telah menyiasat kes tersebut dan berjaya menangkap ahli kumpulan penyamun itu.Awak telah mengguna cara ikatan ini untuk memudahkan kerja awak . 0.5 meter tali dari kepala Cik Ayumi juga sengaja diikat simpul supaya mayat Cik Ayumi akan tersekat ketika tali itu dilepas oleh pembunuh menggunakan riffle. (Dia mengikatnya pada sebuah meja bulat mengikut cara TieClarinet dan menyuruh salah seorang anggota polis untuk naik ke atas tangga berpilin. Kemudian dia menghubungkan hujung tali itu pada selaras riffle pada .. kemudian dia menembak ke arah pemegang tangga berpilin…Tali tersebut tersangkut teguh pada pemegang tangga itu… Kemudian dia menarik satu lagi hujung tali... Semua yang ada tergamam apabila melihat meja yang berat itu mampu diangkat dengan mudah.)
· Mayat Cik Ayumi diangkat keluar ke balkoni dan hujung tali itu ditembak pada salah sepohon pokok supaya ikatan tali menjadi kukuh.Kemudiannya, awak segera menutup lampu bilik kerana tidak ingin sesiapa nampak cara mayat Cik Ayumi ditarik keluar.Keadaan luar di taman salji ketika itu menjadi gelap dan menyukarkan seseorang untuk melihat pemandangan di luar.Perlahan-lahan mayat Cik Ayumi ditolak keluar menggunakan sistem takal .Jerutan tali yang pada leher mangsa menyebabkan kesan jerutan tali yang teruk pada leher mangsa.Darah pada leher mangsa dan darah yang keluar daripada mulut mangsa menyebabkan tompokan darah pada lapisan salji. Oleh sebab terlalu kasar, badan mayat itu bergoyang-goyang dan menyebabkan salah satu kasut mangsa tertanggal.Setelah mendengar bunyi debuman mayat Cik Ayumi yang melanggar pada badan batang pokok, pembunuh segera melepaskan tali menggunakan riffle untuk meninggalkan kesan tali.
· Balutan luka ada pada tangan awak itu, bukanlah disebabkan kecederaan biasa tetapi kesan luka memegang tali guni yang kasar untuk menampung berat Cik Ayumi semasa menariknya keluar dari balkoni secara laju.Pagi tadi tangan awak tidak berbalut, jika tangan awak sudah luka dan berbalut, pasti awak tidak akan turut bersama merendam di dalam spa…!!
· Seterusnya, kandungan cecair perang yang ada di atas meja ruangtamu awak ialah iodin..!!! Iodin yang asalnya warna biru.. (Dia mengangkat sebuah gelas yang berisi cecair berwarna biru) anamun telah bertukar perang (dia mengangkat satu lagi gelas yang berisi cecair berwarna perang) .. ini adalah kerana.. awak telah menambahkan garam dan serbuk silika ke dalamnya dan menyebabkan ia bertukar warna.Tetapi hanya iodin tidak mampu menghilangkan kesan darah.Tetapi jika bahan tesebut dicampurkan dengan alkohol , garam dan serbuk silika campuran tersebut dapat melunturkan darah dan menutup bau busuk darah untuk sementara.
· Namun, apabila pihak polis menyiasat, hanya cecair iodin yang ada dalam gelas tersebut…
· Seperti yang dijangka, kandungan alkohol yang ada dalam iodin itu telah pun mengewap bersama serbuk silika.Namun, warna larutan garam dalam iodin tidak akan luntur.
· Satu lagi bukti yang ada pada pembunuh ialah puntung rokok.. Untuk mencipta bukti lain, awak sengaja membakar sepuntung rokok untuk meninggalkan kesannya pada gaun Cik Ayumi.Awak berasakan pihak polis tidak akan mengesyaki awak kerana awak bukannya perokok.Tapi saya pasti, baki puntung rokok itu ada pada awak bukan..En.Nakamura..???Awak tidak merokok kerana sebagai seorang anggota FBI merokok adalah dilarang.Sudah pasti dalam bilik seorang bukan perokok tidak akan ada bekas abu rokok.Jadi awak terpaksa memadamkan rokok yang telah dinyala pada karpet awak sehingga menyebabkan karpet awak berlubang. Kemudiannya, awak meyimpan baki puntung rokok itu dalam kocek awak.
· Untuk mencipta alibi, awak segera menelefon En.Hinako untuk mengajaknya keluar,namun kerana keletihan kamu berdua melepak di bilik En.Hinako.
· Kerana kesuntukkan masa, awak lupa menutup pintu kaca balkoni awak malah kandungan alkohol ditinggalkan begitu sahaja di atas meja.Tag "jangan ganggu" di belakang pintu untuk bilik awak juga hilang… Awak telah menggantungnya pada bilik Cik Ayumi bukan..???? Awak bimbang… pekerja hotel akan masuk ke dalam bilik Cik Ayumi untuk membersihkan biliknya.Jika pekerja hotel ketika itu, menjalankan tugasnya, maksudnya ketika itu Cik Ayumi tiada dalam biliknya. Maka, alibi awak tidak akan sah.. tetapi, jika tag "jangan ganggu" digantung pada luar pintu biliknya, kemungkinan pembunuh membunuh Cik Ayumi dalam biliknya.Awak sebenarnya berniat untuk mengelirukan pihak polis.Awak ingat pihak polis akan bertumpu pada bilik Cik Ayumi sahaja dan tidak menggeledah bilik-bilik yang lain.
· Kemudian awak segera berlari bertemu dengan En. Hinako pada jam 11.40 malam dan berjalan bersama menuju ke biliknya.Ketika itu lah awak terserempak dengan mak cik pembersih pada jam 11.46 . Setelah lampu bilik En. Hinako dibuka cahaya pada taman salji kembali menjadi agak bercahaya, cukup untuk membolehkan seseorang untuk melihat pemandangan di sekitar taman salji.Semasa berbual, awak menyerahkan kotak rokok yang telah awak beli kepada En. Hinako kerana dia seorang perokok.Dia tidak sedar sebatang rokok dari kotak itu telah hilang kerana berada dalam keadaan mabuk.Kebetulan, Hibara dan Kiichi menghadap ke luar, tidak lama kemudian,Kiichi ternampak mayat yang telah pun tergantung pada pokok itu lalu menjerit.
Detektif Seimaru mencelah :
"Masa pembunuhan yang dilakukan terlalu singkat… Bolehkah cara membunuh ini digunakan….???"
Kazuma menjawab dengan tenang…. :
· Anggaran tempoh masa yang digunakan untuk mebunuh adlah selama 10 hingga 12 minit. En.Nakamura merupakan seorang anggota FBI yang terlatih, pasti bukan satu masalah untuknya kerana badan sasa pembunuh cukup kuat untuk mengangkat mangsa dan mengheretnya keluar dengan cepat.En.Nakamura sudah pasti pernah menjalani latihan lasak yang mengasah tekniknya dalam sistem takal untuk membantu rakan FBI yang lain untuk bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain.Teknik ini hanya diubah sedikit dan digunakan dalam cara pembunuhan kejam ini….!!!!!
Salah seorang anggota polis pula bertanya :
"bagaimana pula tuan dengan penemuan getah rambut dan sebutir mutiara di bilik En.Hinako… tuan..???"
Tanpa ragu-ragu… Kazuma menjelaskan perkara yang telah dijangka olehnya :
· getah rambut yang telah diambil oleh En.Nakamura sengaja diletakkan dalam bilik En.Hinako untuk mencipta satu tuduhan terhadapnya.Namun, En.Nakamura tidak menyangka butiran mutiara juga akan terdapat dalam bilik En.Hinako.. Ini adalah sebab, ketika pembunuh mengelar leher mangsa dengan kuat, rantai tersebut terputus dan menyebabkan butiran mutiara tersebut terbang bertaburan.Tanpa disangka, sebutir mutiara terjatuh masuk ke dalam poket depan En.Nakamura. Apabila pihak polis datang menyerbu bilik 39, En.Nakamura terkejut lalu terjatuh baring. Ketika itulah, butiran mutiara itu terjatuh golek keluar dan bergolek ke bawah sofa sehinggalah ditemui oleh Hibara.
Satu per satu kemisterian dirungkaikan.Ketua polis, Chif Inspektor Godawa pula melangkah ke depan dan bertanya :
"Kalau begitu… apa senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa…???"
Kazuma menanggalkan cermin matanya lalu berkata :
· Sebenarnya, En.Nakamura tidak rabun.Semasa di majlis tadi, awak kelihatan kurang selesa apabila memakai cermin mata it.Awak mengatakan kuasa pada cermin mata awak terlalu kuat untuk mata awak.Sekiranya si rabun ke kedai cermin mata untuk membuat cermin mata, tidak mungkin si pembuat akan menghasilkan cermin yang terlebih kuasanya, melainkan cermin mata itu bukan kepunyaan awak.Awak memberitahu bahawa awak rabun jauh dan sukar untuk melihat tanpa penggunaan cermin mata.Tetapi ketika berendam di spa pagi tadi, awak mampu melihat menu order dari jarak yang jauh.Cermin mata yang dipakai oleh awak sebenanya tidak ada kuasa bukan..??? .Ini lah rahsia terbesar bagi seorang FBI bukan..?? CERMIN MATA BERBILAH.…. ketika En.Nakamura terjatuh, cermin matanya kelihatan terpatah pada batang pemegang bukan…?? namun sebenarnya, ia tidak patah..!!! jika dilihat betul-betul, pemegang itu hanyalah tercabut dari engselnya dan dapat disambung balik seperti biasa. Jika pemegang cermin mata patah, sudah pasti awak tidak dapat menyambungkannya semula dan memakainya seperti biasa.
· Awak pernah berkhidmat sebagai seorang anggota FBI,sudah pasti alat kecil seperti ini masih disimpan oleh awak.Sebenarnya, cermin mata itu telah dilengkapi dengan sebilah pisau yang halus berukuran 10sm x 5cm.Pisau ini, meskipun kecil, namun cukup berupaya untuk membunuh mangsa dengan mengelar lehernya. Pisau kecil itu boleh diguna apabila ditolak keluar dan ditarik masuk kembali.Kemudiannya disambungkan pemegang itu kembali dan memakainya seperti sediakala.
· Betul tak… Encik..Nakamura…????
Nakamura jatuh terduduk.Matanya terbeliak memandang ke arah Kazuma.Peluh membasahi baju kemeja biru dipakainya. Dua orang pegawai polis datang lalu menggari kedua-dua belah tangannya.Tiba-tiba dia ketawa… lalu berkata..
"Saya ingat rancangan saya akan berjalan dengan lancar … jika saya cukup berhati-hati…. tapi.. tapi… tak sangka… saya akan tersilap langkah dan lupa untuk melupuskan bukti… semua ini… semua ini….salah Cik Ayumi..!!!! dia yang telah membunuh kakak saya… kakak saya sseorang sahajalah yang saya ada di dunia ini…!!! tapi dia telah merampas nyawa kakak saya… pada mulanya, saya ingat kakak saya membunuh diri adalah kerana dia telah rugi dalam pelaburan sahamnya kepada syarikat Cik Ayumi… tetapi apabila disiasat.. rupa-rupanya, Cik Ayumi telah menggelapkan duit tersebut dan membolot semua harta itu sendiri… apabila di mahkamah… dia menuduh kakak yang mengakibatkan semua duit itu hilang…. Tak guna…!!! dia juga gembira dengan kematian kakak…!! Perempuan bodoh…!!! Hahaha… sekarang biar dia mati dengan kejam… saya puas hati… saya puas hati…(Nakamura menangis..) Kakak… saya berharap roh awak akan bersemadi dengan aman.. saya sudah pun menuntut bela….!!!"
Kazuma menghampiri Nakamura lalu memegang bahu nya:
"awak tahu… keadilan bukanlah suatu kesalahan… tetapi adalah suatu…. awak sudah tersilap langkah dalam menuntut bela bagi kakak awak… pasti dia tidak ingin melihat awak sedih sebegini akibat dendam awak yang sudah lama membara… apapun.. sebagai seorang anggota polis… awak seharusnya tahu… yang mana tindakan yang sebetulnya…"
Kazuma memakai semula cermin matanya..
"Encik Nakamura Gadashi… awak… adalah pembunuhnya…!!!"
Setelah kes itu selesai, ramai yang memuji Kazuma kerana berjaya menyelesaikan kes misteri itu dengan mudah..
Detektif Seimaru: Bagus… itulah.. awak adalah anak buah saya yang terbaik.. banyak juga yang awak telah pelajari daripada saya ye..~~ (dengan muka bangga.. dia tersenyum puas kerana beranggapan dia telah berjasa besar..)
Kazuma: Hah.. er.. haha.. ya.. ya… (Kazuma membuat muka selamba sahaja kemudiannya dia berjalan ke arah Hibara..)
Hibara: nampaknya awak sudah berjaya menyelesaikan satu lagi kes misteri.. awak sungguh hebat..!!!
Kazuma: haha.. itu Cuma perkara kecil sahaja.. (lalu memandang ke arah Detektif Seimaru yang sibuk menceritakan kehebatannya mengajar Kazuma).. haish..(Kazuma mengeluh..)
Hibara: hah…!!! mengapa awak tak beritahu saya rupanya kesan kotor pada baju yang awak suruh saya cuci itu ialah darah…!!! ( dia mencebikkan mukanya)
Kiichi: eh.. Hibara… nasib baik itu darah…. kalau tahi macam mana..?? hahaha….(Kiichi dan Kazuma ketawa terbahak-bahak)
Hibara: Eiii..!! awak ni kan..!! (Hibara mencubit Kiichi)
Kazuma: maaflah… tapi jika saya beritahu… pasti awak akan gelikan.. lagipun.. kan awak adalah pembantu terbaik saya..~~
Hibara: mestilah…!! saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pembantu detektif yang terbaik.. haha..
Kiichi: aku pula… ?????
(Kazuma dan Hibara berjalan beriringan berlalu pergi meninggalkan Kiichi keseorangan)
Kiichi: Hampeh punya kawan…~~ woi.. tunggu aku…!!( dia berlari mengejar mereka)
Setelah itu… Nakamura telah dikenakan hukuman penjara selama enam tahun.Detektif Seimaru pula kini lebih bersemangat dalam menyelesaikan kes-kes yang diterima.Kazuma pula mendapat pengiktirafan Penyiasat Muda Q(qualified) kerana berjaya menyelesaikan ke situ dengan cemerlang. Hibara …. dan Kiichi pula .. rajin membaca buku-buku jenis penyiasatan yang dimiliki oleh Kazuma…
Mampukah tiga sekawan itu… menyelesaikan kes besar bersama-sama selepas ini…??
Bersambung…..
No comments:
Post a Comment