Gakko Chosa Tokyo

Baca blog ini.. dari post paling bawah…. ikut chapter.. 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya..select la kat post publish ye..~~

Friday, 2 September 2011

2.1 Gakko Chosa Tokyo



2.1  Gakko Chosa Tokyo

Pagi itu sungguh tenang..nyaman.. sehinggalah balai polis Tokyo dikejutkan dengan surat kiriman Detektif terkenal iaitu Detektif Tsugetsu. Detektif Seimaru yang sedang menikmati kopi tersedak mendengar Kazuma menyebut nama Detektif Tsugetsu yang terkenal pada suatu masa dahulu... malah dahulunya Detektif Tsugetsu dan detektif Seimaru adalah rakan seperjuangan.

Kazuma: Kiriman Gakko Chosa Tokyo(sekolah penyiasatan Tokyo)… Pengambilan pelajar… Detektif….Tsugetsu..??? siapa dia ni..??
Detektif Seimaru:Apa… apa… awak kata… Detektif Tsugetsu..?? (dia terduduk)

(anggota polis lain yang ada turut terkejut mendengar nama Detektif Tsugetsu)

Kazuma:Kenapa dengan awak semua ni..??? Dia ni siapa..?? Kenapa Pak Cik nampat terkejut sangat.. dia suspek ke.?? kes apa…???
Detektif Seimaru: Bukanlah..!!!! Dia tu.. dia…. Detektif yang paling handal di Jepun.. yang.. yang.. hidup semula.. dia.. masih hidup.. haha.. dia.. dia.. masih ..HIDUP..!!!!!
Kazuma: Dia dah mati..??? apa maksud pak cik ni..???
Hibara: Awak ni kan.. tak kan lah awak tak kenal.. dia tu detektif yang terkenal dulu.. ada khabar nagin mengatakan Detektif Tsugetsu telah mati terbunuh dalam satu kes pembunuhan dulu.. dibom… mayatnya.. tidak dijumpai.. ada yang mengatakan dia masih hidup.. dan ada juga mengatakan dia sudah mati… namun selepas kes itu.. dia.. tidak lagi ditemui.. hilang begitu sahaja….

************************************************************************************
Detektif Seimaru menarik tangan Kazuma dan mengajak Hibara untuk berkumpul di bilik mesyuarat…. Anggota polis yang lain meneruskan kerja masing-masing selepas Detektif Seimaru mengatakan surat itu adalah surat palsu..Mereka kemudiannya berjalan laju meninggalkan ruang legar dan menuju ke bilik mesyuarat..


Hibara: Apa…!!!! kita diambil sebagai pelajar… Gak.. Gak.... Gagak ape..???
Kazuma: =_=' .. haish.. Gakkao la…!! Gakko Chosa Tokyo…. sekolah ni wujud lagi ke..?? bukan ke dah lama tidak dijalankan selepas kematian Tuan Ojinabe..
Hibara:Sekolah ni wjud ke..??? ayah.. sekolah ni kat mana..??? bacalah habis surat tu Kazuma..~~
Kazuma: yalah.. Ni…~~

Borang pengambilan pelajar Gakko Chosa Tokyo :
 Pelajar: 
·         Kazuma Edogawa,17 tahun
·         Hibara Sayumin,17 tahun
·         Kiichi Nabe,17 tahun
Para pelajar diminta untuk mendaftarkan diri sebelum musim luruh berakhir. Cik Hanabari akan menguruskan segala hal-ehwal dan membawa para pelajar ke kawasan sekolah. Identiti dan pengambilan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan ramai demi keselamatan para penyiasat… hah..?? siapa Cik Hanabari…???

"saya..!!".. tiba-tiba muncul seorang wanita berpakaian kot berkaca mata hitam melangkah masuk pintu bilik mesyuarat.. mereka bertiga terkejut malah ... Hibara menjerit separuh kuat apabila wanita itu muncul secara tiba-tiba di muka pintu….

"maaf… saya tidak berniat untuk menakutkan anda semua….ini adalah arahan.. Detektif Tsugetsu… untuk menjamin keselamatan para penyiasat dan pelajar Gakko Chosa Tokyo… huh..~~ jika sudah sedia.. mari berangkat sekarang.." kata Cik Hanabari lalu menanggalkan cermin mata hitamnya.

"er.. sekejap… betul ke..?? Detektif Tsugetsu… masih.. masih… hidup..???" tanya Detektif Seimaru kebingunggan.. Kazuma dan Hibara pula terdiam menunggu jawapan Cik Hanabari..

Cik Hanabari terdiam seketika lalu tersenyum.." awak semua… kalau nak berjumpa dengan tuan… sila ikut saya.. panggil juga lagi seorang pelajar tu sekali..", lalu berjalan pergi. Mereka bertiga segera mengekori Cik Hanabari .Hibara segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Kiichi.

**********************************************************************************

Mereka berempat tiba juga di hadapan pagar sekolah."Mari masuk" ujar Cik Hanabari lalu melangkah lebih laju. Setibanya mereka di muka pintu… Cik Hanabari mengetuk dengan perlahan. "Tuan.. mereka sudah tiba.." ujar Cik Hanabari perlahan.

"bagus… suruh mereka masuk.." kedengaran seorang lelaki tua menjawab.
"eh.. biar pak cik je yang masuk… kamu semua.. tunggu di luar…" ujar Detektif Seimaru perlahan..
dia kemudiannya berpaling ke arah Kazuma.. dan berbisik.."untuk keselamatan.."

Kemudiannya.. hanya Detektif Seimaru yang mengikut Cik Hanabari… Mereka bertiga pula berjalan keliling sekolah untuk melihat keadaan…

"selamat sejahtera.. kawanku…" ujar lelaki tua itu.. lalu mengangkat kepalanya.. sambil mengukir senyuman.
"hah….!!! Tsugetsu..!! awak..awak.. masih hidup..!!! baguslah..!!! betullah apa yang diperkatakan… awak masih hidup..!! " kata Detektif Seimaru dengan gembira lalu segera memeluk Detektif Tsugetsu.

"ya.. sudah lama kita tidak berjumpa.. sejak peristiwa malang itu…  saya bernasib baik.. kerana masih hidup lagi.. maaflah kerana tidak berhubung dengan awak.. sebenarnya.. baru-baru ini……saya telah pun menyiasat latar belakang… beberapa perkara… kebetulan.. saya ada mendengar kahbar tentang awak.. jadi… saya juga mengikuti perkembangan awak…." ujar Detektif Tsugetsu gembira.

************************************************************************************
"wah… besar betul sekolah ni…" ujar Hibara teruja.
"sebenarnya… awak maksudkan usang bukan..? tengoklah.. berhabuk.. berdebu… macam rumah hantu.." kata Kiichi sinis. Hibara mencubit Kiichi.Kiichi pula mengadu sakit lalu menepuk bahu Hibara.
"sudah lah awak berdua… nanti silap-silap.. awak berdua diculik hantu.. baru tahu.." kata Kazuma mengusik mereka berdua. Air muka Hibara dan Kiichi berubah takut.

"hey.. korang..!!!!!  korang siapa..??? apa korang buat di sini..???" ujar seorang budak lelaki berkaca mata.Di sisinya kelihatan seorang pelajar perempuan berambut pendek.. dan seorang lelaki berbadan gempal.Kazuma,Hibara dan Kiichi tersentak dengan kehadiran mereka.

"haha.. kami pelajar.." belum sempat Hibara menghabiskan kata-katanya lelaki tersebut menyampuk lagi."tinggalkan kawasan ini segera.. atau.. awak akan menerima padahnya…!!" ujar lelaki itu tegas.

"awak… tak ada hak suruh kami tinggalkan tempat ini…!!! kalau berani cuba halau kami keluar…"Kata Kazuma marah.Hibara cuba memujuk Kazuma supaya bertenang.
"kami pelajar baru di sini….!!! korang pula siapa..??" soal Kiichi pula.

"Saya…Shisido, ini Sato dan ini Sayumin… kami pelajar sini.. ah.. saya ada dengar pasal awak bertiga.. nampaknya.. awak ialah Kazuma bukan..???" ujaran Shisido menjadi tajam.Sato dan Sayumin merenung tajam terhadap mereka bertiga.

"haha.. baguslah awak sudah kenal saya… harap awak ingat nama saya baik-baik.. KAZUMA.!!.. mari kita pergi" kata Kazuma lalu melangkah mengajak Hibara dan Kiichi.

"tunggu..!! jangan harap.. awak ingat nak lepas begitu mudah sahaja.. haha.. awak silap…"ujar Sayumin sinis.Hibara dan Kiichi mula panik.. namun Kazuma masih tenang.

"kita selesaikan dengan cara yang biasa kita buat.." ujar Shisido lalu memegang bahu Kazuma. Kazuma menepis tangan Shisido lalu berkata.." apa maksud awak.. maaf.. sebagai perintis penyiasat yang berkebolehan.. saya tidak mahu terlibat dalam pergaduhan yang tidak berasas."

"nampaknya.. awak telah salah faham.. maksud kami.. untuk menunjukkan kebolehan awak… awak mesti lawan.. lawan.. SELESAIKAN KES..!!" ujar Sayumin lagi.

"biar saya yang kendalikan…haha.. kes pertama..  dalam sebuah bilik yang tertutup tiada tingkap .. biliknya kosong.. hanya ada pendingin hawa sahaja.. dan satu meja berkaki empat di tengah…  seorang penjual mutiara bersama dua orang pembeli ada di dalam bilik tersebut.sebiji mutiara sebesar biji buah rambutan diletakkan atas meja tersebut. Lelaki A menipu penjual tersebut dengan mengatakan ada kucing di belakang penjual itu, lalu penjual tersebut berpaling.Kemudiannya apabila penjual itu berpaling semula ke hadapan, mutiara tersebut telah hilang. Apabila penjual tersebut menyoal, kedua-duanya tidak mengaku.Lelaki A mengatakan dia mahu keluar dan tidak mahu membeli mutiara itu lagi kerana sudah hilang.Kemudian, penjual itu memeriksa pakaian kedua-dua orang lelaki itu dan tidak menemui apa-apa… jadi…. siapa pencurinya…??? mana mutiara itu disorokkan….??

                 bersambung……..

No comments:

Post a Comment

Beware... racun!!!

Cendawan Hitoyodake..

mudah didapati di taman-taman,

cendawan jenis ini berbahaya sekiranya dimakan dan kemudian meminum arak,

kerana akan menggagalkan fungsi hormon pencernaan seterusnya,

menyebabkan keracunan dan

kepanasan badan yang mendadak.

Jom menyiasat...!!

PROFILING

profiling --> adalah laporan yang dapat memudahkan penyiasatan kerana mempunyai data kajian latar belakang penjenayah sebelum ini.Biasanya fail ini akan diedar kepada cawangan polis setelah disemak.

Bertindak bijak..!!

Kpd detektif RMS…!! bila seorang detektif berhadapan dengan penjenayah… secara bersendirian.. atau secara langsung… dan sedang membongkar misteri… langkah yang biasa diambil ialah antaranya…

  • memasang alat pengesan
  • membuat rakaman pengakuan
  • membuat panggilan kepada balai polis yang berdekatan

supaya akan dikesan lebih cepat.. dan mudah mendapat bantuan jika diserang atau berlaku kecemasan.