Baca blog ini.. dari post paling bawah…. ikut chapter.. 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya..select la kat post publish ye..~~
Wednesday, 7 September 2011
2.2 Gakko Chosa Tokyo...
2.2 Gakko Chosa Tokyo
Kemudian, penjual itu memeriksa pakaian kedua-dua orang lelaki itu dan tidak menemui apa-apa… jadi…. siapa pencurinya…??? mana mutiara itu disorokkan….??....
"hah..!! awak nak main permainan budak kecil ke huh..!!" ejek Kiichi sombong. Sayumin mencebikkan mukanya. Sato pula mencekak pinggang.
"tak pe.. biar saya yang selesaikan.. Ada tiga lelaki bukan… penjual ,lelaki A dan satu lagi lelaki.. iaitu lelaki B.. pencurinya ialah… lelaki B!!!! " ujar Hibara yakin..
"oh ya.. mengapa awak begitu yakin sekali.. bukan ke penjual tadi telah memeriksa baju mereka berdua dan tidak menemui apa-apa…" soal Sayumin licik.
"senang je.. sebab dia berdiam diri dan tidak mengeluarkan kata-kata.. sebenarnya mereka berdua bersubahat untuk mencuri mutiara tersebut.. Lelaki B diam kerana mutiara sebesar biji rambutan.. sudah pasti senang untuk disembunyikan… dalam.. mulut..!!! betul tak..?? mestilah tidak akan dijumpai dalam pakaian…" kata Hibara lalu menjeling Shisido.
Shisido yang berdiri tegak hanya tersenyum melihat gelagat Hibara. Sato pula menepis dengan berkata…" eleh.. tu hanya permulaan.. kami bagi muka.. mana tahu kalau awak tak boleh jawab… nanti awak juga yang malu..".
"sudahlah.. !!!!! Shisido.. awak.. ada apa-apa..?" soal Kazuma sinis.
Shisido melangkah ke hadapan sambil membetulkan kotnya lalu berkata:
"sudah tentu… untuk tetamu istimewa.. saya dah bersedia …. lihat gambar ini baik-baik… mayat ini dijumpai 5 hari selepas kematian jam 10.09 malam.Mangsa dikatakan membunuh diridengan melemaskan diri kerana tekanan kerja yang terlampau banyak.Mangsa dikenali sebagai Abe Fugouri kerja sebagai kerani sepenuh masa… mangsa pernah didakwa bersikap kasar terhadap majikannya kerana sentiasa diarahkan kerja lebih masa untuk menaip dokumen………..."
sebelum Shisido sempat menghabiskan kata-katanya.. Kazuma mencelah:
"tunggu… maklumat.. maklumat yang awak beri… salah…!!!! mangsa sebenarnya tidak membunuh diri…!!!. mayat dijumpai selepas 5 hari..?? memang mustahil.. petunjuk 1.. mayat tidak kembung.. selepas lima hari.. sudah pasti mayat akan kembung dan mula mereput akibat dimasuki air melalui saluran mulut mahupun trakea… yang kedua.. mangsa bukan membunuh diri…seorang manusia.. tidak akan tahan sesak nafas dan pasti akan bangun dengan sendirinya untuk bernafas.. malah air yang diisi dalam tab adalah tidak dalam langsung..!!pembunuh sengaja mengisi tab air separuh kerana tahu sekiranya mayat diletakkan ke dalam tab.. mesti air akan melimpah dan membasahkan badan si pembunuh…yang ketiga… mangsa bukannya dibunuh di dalam bilik air… kerana lantainya kering.. dan tiada langsung titisan air pada jubin lantai… mangsa telah dilemaskan dan dibunuh di tempat lain.. dalam kata erti lain.. mangsa telah lemas ditekup bantal.. malah pada kuku mangsa juga terdapat beberapa urat bantal yang melekat kerana bergelut dalam kejadian.. yang keempat.. haha.. mangsa bukannya seorang kerani yang kerja begitu gigih… lihat kuku jari tangan dan kakinya telah diwarnakan dengan pewarna kuku… jika dia begitu sibuk… dengan menaip dokumen syarikat.. adakah dia masih senang untuk mewarnakan kuku nya lagi… bukankah begitu.. Shisido… " Kazuma tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Shisido.
Mereka yang lain hanya terlopong mendengar penjelasan Kazuma yang panjang lebar dengan hanya melihat sekeping gambar. "Wah.. sungguh hebat.. awak boleh meneka sifat mangsa sekali.. dengan hanya melihat.. kuku jarinya…!! haha.. hebat.. hebat…" puji Sato
"wah.. Kazuma.. awak.. sungguh bijak.. saya betul-betul ingat dia bunuh diri tadi.. haha.. saya juga pelik melihat lantainya tidak basah.. tapi.. saya tak sangka.. penglihatan awak sungguh tajam.. sampai awak dapat melihat urat benang pada kuku mangsa.. sungguh teliti.."puji Hibara riang.. Kiichi pula tersenyum sendiri apabila pihaknya menang lagi. Sayumin pula terlopong diam kerana malu dikalahkan. Shisido pula diam membisu dan merenung tepat ke arah Kazuma. Kemudiannya dia tersenyum.
"bagus… bagus…. saya memang tidak silap nilai orang.. pemuda seperti awak dialu-alukan ke Gakko Chosa Tokya.." ujar Detektif Tsugetsu yang tiba-tiba muncul dari belakang bangunan bersama Detektif Seimaru dan Cik Hanabari.Kazuma, Hibara dan Kiichi terkejut segera berkumpul semula dan berdiri di hadapan Detektif Tsugetsu.
"sebenarnya… kejadian pembunuhan pada malam krismas telah saya rancang.. maaflah kerana terpaksa menyusahkan kalian…. tapi itu adalah salah satu ujian untuk saya membuat keputusan supaya mengambil mereka bertiga untuk menjadi pelajar Gakko Chosa Tokyo. Latihan yang mencukupi.. serta bimbingan dan tunjuk ajar..dapat melahirkan seorang penyiasat yang hebat." Detektif Tsugetsu membuat pengakuan.
Kazuma berasa bangga… tetapi kegembiraan Detektif Seimaru lebih besar.. seolah-olah dia telah mendidik anak bimbingannya dengan berjaya. Hibara dan Kiichi pula berpegang tangan sambil tersenyum riang.
"sudah lah.. bawa tetamu kita ini berehat.. malam nanti.. kita akan berkumpul… masing-masing boleh mengenali antara satu sama lain.. dan saling bertukar pendapat serta pengalaman.. bagus.. bagus…" ujar Detektif Tsugetsu gembira dengan kehadiran mereka bertiga. Detektif Seimaru pula menunjukkan tanda bagus kepada Kazuma dengan menikkan ibu jarinya sambil tersenyum lebar.
"haish.. dapat nama lagi la pak cik ni… hmmh..!!!!" monolog Kazuma sendirian.
cendawan jenis ini berbahaya sekiranya dimakan dan kemudian meminum arak,
kerana akan menggagalkan fungsi hormon pencernaan seterusnya,
menyebabkan keracunan dan
kepanasan badan yang mendadak.
Jom menyiasat...!!
PROFILING
profiling --> adalah laporan yang dapat memudahkan penyiasatan kerana mempunyai data kajian latar belakang penjenayah sebelum ini.Biasanya fail ini akan diedar kepada cawangan polis setelah disemak.
Bertindak bijak..!!
Kpd detektif RMS…!!bila seorang detektif berhadapan dengan penjenayah… secara bersendirian.. atau secara langsung… dan sedang membongkar misteri… langkah yang biasa diambil ialah antaranya…
memasang alat pengesan
membuat rakaman pengakuan
membuat panggilan kepada balai polis yang berdekatan
supaya akan dikesan lebih cepat.. dan mudah mendapat bantuan jika diserang atau berlaku kecemasan.
No comments:
Post a Comment