Gakko Chosa Tokyo

Baca blog ini.. dari post paling bawah…. ikut chapter.. 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya..select la kat post publish ye..~~

Wednesday, 7 September 2011

3.1 Raja Checkmate...


3.1 Raja Checkmate

"cepatlah….!! haha.. mengaku kalah sajalah…~~" ujar Ryuta sombong. Matsumoto yang masih terdiam tidak mengalihkan pandangannya daripada buah catur dihadapannya.
"sabarlah… awak selalu gesa pesaing awak… awak buat kami runsing…." keluh Kenjo, duduk bersebelahan mereka.

Kebetulan Hibara dan Miyuki yang sedang melalui bilik kosong itu terdengar perbualan mereka..
"agaknya.. Kazuma dapat tak mencungkil rahsia kelas kita itu… Shisido pun masih menyiasat…. dia pasti akan menyiasat juga bukan…???" soal Kenjo kepada Ryuta.

"biarlah dia…. lambat laun… benda ini akan terbongkar… Detektif Tsugetsu  yang telah lama berpengalaman juga masih tidah tahu ke mana dia pergi … samada masih hidup.. ataupun….. masih…." Ryuta tidak menghabiskan kata-katanya.
Tiba-tiba Matsumoto menjerit… "yes…..!!!! saya dah nampak…!! saya dah nampak.. haha…!! satu.. dua .. ti……. ga!!!! checkmate…!!!" ujar nya gembira sekali.

Kenjo yang tumpang gembira menepuk tangannya…. Ryuta pula masih tidak mahu mengaku kalah… asyik memandang ke arah..papan catur.Dahinya berkerut melihat garisan pada papan catur tersebut…
"eh… aku.. nak simpan balik.. permainan ni… okey la… bye…!!" katanya tergesa-gesa lalu segera mengemas dan membawa set permainan catur itu dan berlalu pergi.

Hibara dan Miyuki pula segera berlari bersembunyi di bilik sebelah. Masing-masing senyap memandang antara satu sama lain. Setelah keadaan selamat… Hibara kembali bersuara..: apa dieorang cakap tadi…??? tahu apa… rahsia kelas K..?????  rahsia apa…???" soal Hibara bingung.Miyuki tertunduk membisu sementara… kemudiannya dia mengangkat semula kepala dan berdiri.

"sebenarnya… Kelas K.. ada… 11 orang…" katanya sambil memandang ke arah luar tingkap.
"sebelas…??? tapi… bukan ke.. tambah saya… Kazuma dan Kiichi… baru tiga belas…??? siapa… seorang lagi??? dia…dia…" Hibara tidak tahu mahu menyambung ayatnya lagi.

"dia.. dia….. sudah… ah.. kami semua juga tidak pasti.. namanya Ukiya….Kiya telah hilang… dua bulan lalu… ada ura-ura mengatakan dia telah dibunuh kerana identitinya sebagai pelajar sini terbongkar.. kami semua telah berusaha mencarinya… tapi Kiya tidak lagi ditemui….." Miyuki berhenti berkata-kata lalu mengelap air matanya yang mengalir tanpa disedari.

mereka berdua hanya berdiam petang itu… masing-masing memandang ke arah tingkap membiarkan angin yang bertiup……  bermain di celah rambut mereka.

************************************************************************************

"awak.. ada dengar tak.. pasal…. Kiya..??" kata Hibara kepada Kiichi.Kiichi yang sedang menikmati jus oren hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
"ya.. saya ada…." jawab Kazuma pendek. Dia kemudiannya mengeluarkan sekeping gambar dari koceknya lalu dihulurkannya kepada Hibara.
"siapa Kiya tu..???" soal Kiichi kehairanan.
"dia… bekas pelajar kelas K dahulu…. tapi.. tiba-tiba.. dia menghilangkan diri dan tidak lagi dijumpai… Detektif Tsugetsu pernah memberi amaran kepada pelajar sekolah ini supaya tidak mencari masalah dengan menyiasat perkara ini. Rahsia identitinya sudah terbongkar.. nyawanya mungkin sudah terancam… pasti pihak sekolah ingin menutup kes itu dan menyiasat secara rahsia…." wajah Kazuma menjadi serius.

"khabarnya.. Kiya pandai bermain catur… dan digelar sebagai Raja Checkmate…. ramai yang pelik dengan kehilangannya… Detektif Tsugetsu juga tidak dapat menjejakkinya…" ujar Hibara lagi.
"kalau begitu… kita siasat nak..??? " soal Kazuma gembira .
"baguslah… bosanlah.. kalau x ada apa-apa nak buat di sini…" sokong Kiichi.Hibara mengangguk-angguk beberapa kali tanda setuju.

"mana boleh…!!! tanpa saya… awak nak menyiasat… lupa kawan nampak..~~" ujar Shisido yang muncul tiba-tiba kerana mengintip perbualan mereka. Sato dan Sayumin turut datang bersama dengan senyum lebar..."eh… korang… korang.. dengar ke apa yang kiteorang sembang tadi..??" soal Hibara.

"mestilah… dan.. kiteorang ada satu cadangan yang aik.. mari kita bekerjasama dalam satu pasukan… dan siasat perkara ni… okey..???" cadang Sato. semua saling berpandangan.. dan akhirnya seorang… demi seorang mengangguk setuju.

"yeay…!!! bagus…!!! sekarang.. apa nama kumpulan kita..??? em… Remaja….. Penyiasat..??? remaja penyaisat???" kata Sayumin menunggu tanda setuju.
"hmm.. saya ingatkan kiteorang belum berkelayakan untuk bercampur dengan korang.." ujar Kazuma sengaja hendak berjenaka.
"haha… berkelayakan.. hmm.. hah..!! Remaja Muda Berkelayakan…!! Remaja Muda Shushoku…!! " ujar Shisido riang…

"ya.. Remaja Muda Shushoku…!! bagus…RMS…. yeay..!! RMS…."Kiichi bersorak riang.
"hmm.. bagus.. sedap la.. RMS.. okey…"Hibara turut setuju.
Semua gembira dan masing-masing senang dengan hubungan persahabtan yang begitu akrab…
Saat itu… bermulalah…. kisah enam orang… anggota RMS yang berliku tetapi menarik kerana keindahan warna -warni persahabatan yang terjalin.

                                           bersambung…...

No comments:

Post a Comment

Beware... racun!!!

Cendawan Hitoyodake..

mudah didapati di taman-taman,

cendawan jenis ini berbahaya sekiranya dimakan dan kemudian meminum arak,

kerana akan menggagalkan fungsi hormon pencernaan seterusnya,

menyebabkan keracunan dan

kepanasan badan yang mendadak.

Jom menyiasat...!!

PROFILING

profiling --> adalah laporan yang dapat memudahkan penyiasatan kerana mempunyai data kajian latar belakang penjenayah sebelum ini.Biasanya fail ini akan diedar kepada cawangan polis setelah disemak.

Bertindak bijak..!!

Kpd detektif RMS…!! bila seorang detektif berhadapan dengan penjenayah… secara bersendirian.. atau secara langsung… dan sedang membongkar misteri… langkah yang biasa diambil ialah antaranya…

  • memasang alat pengesan
  • membuat rakaman pengakuan
  • membuat panggilan kepada balai polis yang berdekatan

supaya akan dikesan lebih cepat.. dan mudah mendapat bantuan jika diserang atau berlaku kecemasan.