Baca blog ini.. dari post paling bawah…. ikut chapter.. 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya..select la kat post publish ye..~~
Wednesday, 7 September 2011
3.2 Raja Checkmate...!!!
3.2Raja Checkmate
Baiklah kelas…… sampai di sini…. ingat…. pandang depan… laraskan… baru tembak… faham…?????
Faham..!!!!!
"ah…. sebelum itu…. saya ingin memperkenalkan kamu semua dengan guru baru… iaitu Encik Yamada…. akan menggantikan Encik Takagi sebagai guru seni mempertahankan diri…." ujar Cik Hanabari sedih..
Seorang pemuda berambut perang… berumur pertengahan ,tinggi, dan bermata biru… memasuki kelas tersebut.
"Ah.. haha… maaf saya terlambat… ehem.. Saya Encik Yamada… guru seni mempertahankan diri awak yang baru… kasihan.. Encik Takagi telah jatuh tangga dan kakinya cedera teruk…jadi saya akan bertanggungjawab melatih kamu semua ya…" ujar Encik Yamada sambil tersenyum segan.
semua pelajar kelas K saling memandang antara satu sama lain. Sato bergerak rapat kepada Kazuma lalu berbisik..:
Saya pernah baca komik detektif Q…. ada mengatakan jika jam tangan seorang detektif … yang telah calar sebegitu teruk sekali… dia telah banyak mengendalikan kes berbahaya… tengok sahaja tangan dia… kasar.. dan berparut… pasti dia menggunakan jam nya itu untuk menepis pisau yang digunakan untuk menyerangnya…", Sato cuba berlagak pandai…
"er.. maaf… kenapa awak berdua memandang ke arah jam tangan saya…??? oh… awak berminat ya.. sebenarnya.. jam tangan ini…. saya kutip di luar sekolah tadi… tiada siapa mengatakan ini miliknya….. jadi.. saya pakai sekejap.. haha.. setakat untuk cari pemiliknya…~~", ujar Encik Yamada setelah menyedari Sato dan Kazuma begitu minat memandang jam tangan yang dipakainya.Sato pula malu kerana salah informasinya terhadap Encik Yamada yang telah diberitahunya kepada Kazuma.
Kazuma hanya tersengih mentertawakan Sato kerana mukanya telah bertukar merah padam kerana malu.
Petang itu,kumpulan RMS pula telah merancang untuk berkumpul di bilik no.7 selepas habis waktu kelas.Mereka semua segera sahaja berkumpul setelah tamat waktu kelas.
"jadi…??? bagaimana…??? apa yang awak telah dapat..??" ,soal Kiichi… mereka semua duduk rapat bersembunyi di bawah meja guru.
"er.. saya… hish… Sato.. sana la sikit…!!! sempit lah… "marah Sayumin sambil menolak-nolak kaki Sato.
"sempitlah sini… saya dah jimat ruang dah ni… janganlah tolak… nanti habis burger saya penyek…!!!" rungut Sato lalu segera mengeluarkan sebungkus burger goreng.
"Sato…!!!!!! Awak makan sekarang nie..???!!!! awak nak kena nie…!!!!" ujar Kiichi bengang.
"Sudahlah…!! semua keluar.. kita duduk sajalah atas kerusi… bukan ada sesiapa pun yang mahu marah…!!" ujar Hibara separuh jerit lalu keluar dari bawah meja dan berdiri. Yang lain bersetuju lalu mengikut langkah Hibara.
"Baik.. sambung tadi… Kazuma.. apa yang telah awak dapat..????" Soal Kiichi lalu menjeling tajam ke arah Sato. Sato hanya membuat muka selamba sambil membuka luas mulutnya dan menggigit burger goreng yang dipegangnya sejak tadi.
"saya sudah siasat… sebenarnya… UkiyaTsukaido dikatakan seorang pemuda yang misteri.Dia gemar mengumpul rama-rama mahupun seranggayang telah diawet.Seorang yang pendiam dan berbakat dalam bidang silap mata.Alah pada debunga dan mempunyai satu penyakit pelik.Ibu bapanya seorang ahli perniagaan kaya.. tetapi tidak dinyatakan pekerjaan mereka.Pernah mendapat anugerah High Graver (pelajar cemerlang kokurikulum).Dikatakan telah meninggal dunia 2 bulan lepas, tetapi kehilangan ataukematiannya masih misteri." kata Kazuma tanpa disedari… sambil dia bercakap dia berdiri sedikit demi sedikit lalu berdiri tegak.
"kenapa dengan awak ni..??? perlu berdiri ke..??" soal Sato yang masih lagi lahap mengunyah.
Kiichi pula mengecilkan mata kanannya.. manakala sebelah lagi dibesarkan.. (o_O)
"tunggu..!!! kenapa dia kumpul serangga yang diawet..??? penyakit yang pelik…????" soal Hibara hairan.
"eh… saya ingat lagi… masa musim sejuk tahun lepas… saya pernah bagi Kiya rasa kacang panggang.. tapi.. dia menolak dengan mengatakan dia tidak suka makanan yang berasaskan kacang…!!!" ujar Sato memikirkan dia telah banyak membantu.
"Sato.. itu je ke maklumat yang awak dapat..??? hal makanan semua awak tahu….!!!" perli Sayumin lalu melontarkan pandangan jijik terhadap Sato kerana mulutnya yang begitu comot.
"Seprti yang Cik Hanabari telah ajar tadi… jika mangsa ingin membunuh diri atau dibunuh… pasti akan tertinggal bukti atau nota dari kejadian bukan…???" kata Hibara bersemangat.
"tak mungkin Kiya mahu membunuh diri… tiada sebab langsung… berasal dari keluarga kaya… hidup senang lenang… pelajarannya cemerlang…. takkanlah dia hendak bunuh diri…~~" ujar Sayumin musykil.
" maksud awak… dia telah diculik dan kemudian dibunuh…??? tapi dia kan pandai akaido(teknik seni mepertahankan diri) ….." sambung Kiichi.
"tapi… kalau dia diberi atau disuntik ubat tidur…pasti lebih mudah untuk pembunuh bertindak keatasnya.. betul tak Kazuma..??" kata Sato lalu memandang ke arah Kazuma.Kzuma yang hanya diam dari tadi tersentak tiba-tiba dengan pertanyaan Sato.
"Kalau betul dia sudah dibunuh… mana mayatnya sekarang… sampaikan Detektif Tsugetsu juga tidak menemuinya…" ujar Kazuma yakin.
Yang lain hanya mengangguk lemah dan terdiam seketika.
"tapi… kita masih ada peluang…!!!.. Sato.. awak tahu bilik Kiya bukan..??" soal Kazuma lalu tersenyum lebar ke arah Sato..
Sato mengangguk berkali-kali dengan laju.
"betullah… pandai juga awak.. mari kita ke bilik Kiya…!!!" Ujar Hibara semangat.
Kini semangat mereka semakin berkobar-kobar untuk merungkai misteri kelas K….
"Ini ke bilik Kiya… kemas betul…. tak seperti dimasuki pencuri atau pembunuh pun…" kata Kiichi sambil memerhati sekeliling.Kazuma pula berdiri diam di sudut hujung katil memandang ke arah hujung katil...
"awak sedang tengok apa tu Kazuma…?" soal Hibara lalu berjalan ke arah Kazuma.Yang lain mengikutnya dari belakang.
"apa ni….??? kesan hentakan…??? ada barang terlanggar ke….???" soal Sayumin sambil memerhati hujung katil secara dekat.
" kesan calar ini…. adalah dibuat denganSENGAJA…!!! lihat.. pada katilnya… ada dakwat.. mcm lukisan…."ujar Kazuma lagi.
"apa..???? sengaja.. maksud awak… ini… petunjuk…???? petunjuk kepada kehilangan Kiya….???" soal Sato bingung.Kazuma hanya mengganguk perlahan.
"tapi…??? kalau betul ini petunjuk.. apa maksud di sebalik susunan biji catur ini..???"soal Sato lagi.
Semua terdiam memandang kesan calar itu. Agak lama juga… mereka terdiam memikirkan maksud yang tersirat di sebalik petunjuk itu… Tiba-tiba Hibara terjerit riang….
"Saya… saya.. sudah nampak….!!!!!" ujar Hibara gembira.
"apa… apa.. yang awak namapak…???" soal Sayumin. Semua menoleh memandang Hibara.
"sebenarnya…. saya kan mahir dalam silap mata… bila saya tidak dapat selesaikan masalah…. saya akan bermain dengan mirror reflector… iaitu menukarkan pandangan mata kepada pandangan cermin pada pelbagaisudut ….. untuk menganalisis petunjuk ini…" ujar Hibara yakin sekali.
"benarkah… wow.. baguslah… apa yang awak data lihat…???" soal Sayumin berminat.
"hmm… jika.. begini… tidak… hmmm… ah… tunggu….!!!!" wajah Hibara seolah-olah terjumpa satu mesej yang penting.Semua yang ada terdiam dan tidak sabar menunggu jawapan daripada Hibara.
"ya… haha.. saya sudah tahu… jika kita terbalikkannya mengahadap ke arah timur laut.. dengan sedikit bantuan magik mirror reflector…. maksud biji catur yang disusun… adalah.. adalah… cokya' " ujar Hibara lalu melepaskan nafas.
"papan catur….!!!! mesej yang seterusnya.. ada pada papan catur.. cokya'… dalam bahasa Jepun kata erti lain ialah papan… Jika diterbalikkan.. maksudnya.. raja... Kiya.. seorang Raja Checkmate… iaitu… Raja Catur…jika disusun dalam matematik algebra… tanda 'aphostophe' cokya(' )akan menjadi simbol tolak..
cokya-papan =yacok +catur… sekiranya kita pindahkan kata cokya bersama yacok…(cokya -yacok= papan+catur)dan mansuhkan.. tinggallah… (= papan +catur) papan.. dan catur… papan catur…!!!" ujar Kazuma dengan wajah yang serius.. kemudiannya dia tersenyum…
"begitu rupanya…. rumitnya.. petunjuk ini…!!!!! maksudnya… kita kena siasat lah.. pada papan catur Kiya…" soal Hibara ingin tahu.
"ah… saya tahu… pasti petunjuk itu ada pada set permainan catur Kiya yang disayanginya…dia selalu main catur guna set itu.. katanya.. set tersebut membawa tuah kepadanya….. rasanya… ada di bawah alamari itu…" ujar Sato lalu menundingkan jari ke arah almari kayu yang bersaiz sederhana.
Kazuma segera berjalan laju ke arah alamari itu… dan memeriksa di bawahnya…kosong.. tiada apa-apa di bawah alamari tersebut..
"eh…. mustahil.. biasanya.. Kiya akan menyimpannya di bawah almari tersebut.. melainkan… ada orang yang telah mengambilnya… dan gunanya untuk bermain…" ujar Sato hairan
"Ryuta..!!" ujar Hibara tiba-tiba. "sebenarnya… semalam…. saya dan Miyuki ada ternampak Ryuta, Matsumoto dan Kenjo… bermain catur… di bilik tingkat atas…. mereka ada berbincang pasalKiya…. mungkin mereka telah meminjamnya.."ujar Hibara lagi.
Mereka semua segera keluar dari bilik Kiya dan menuju ke bilik Ryuta untuk mencari papan catur itu…
cendawan jenis ini berbahaya sekiranya dimakan dan kemudian meminum arak,
kerana akan menggagalkan fungsi hormon pencernaan seterusnya,
menyebabkan keracunan dan
kepanasan badan yang mendadak.
Jom menyiasat...!!
PROFILING
profiling --> adalah laporan yang dapat memudahkan penyiasatan kerana mempunyai data kajian latar belakang penjenayah sebelum ini.Biasanya fail ini akan diedar kepada cawangan polis setelah disemak.
Bertindak bijak..!!
Kpd detektif RMS…!!bila seorang detektif berhadapan dengan penjenayah… secara bersendirian.. atau secara langsung… dan sedang membongkar misteri… langkah yang biasa diambil ialah antaranya…
memasang alat pengesan
membuat rakaman pengakuan
membuat panggilan kepada balai polis yang berdekatan
supaya akan dikesan lebih cepat.. dan mudah mendapat bantuan jika diserang atau berlaku kecemasan.
No comments:
Post a Comment